Ahmad Ammar, dilaporkan meninggal dunia pada November 2013 jam 1.30
petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki
Jenazah
Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang
banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif
dalam berdakwah.
Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah
menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti
di Syria dan sebagainya.
Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.
Namun,
kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah
menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para
sahabatnya.
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan
menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60
jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang
kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.
Malah
begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu
universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub
Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Al Fatihah
0 comments on "Tribute to Ahmad Ammar"
Post a Comment